top of page
Web Banner TELS Intake MAY 2023-2.png

Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) di UKM

Program Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) menawarkan kandungan pembelajaran yang fleksibel, lengkap dan interaktif dengan mengetengahkan strategi pembelajaran kendiri. Tenaga pengajar yang sangat profesional dan mahir dalam memberikan pendidikan berkualiti. Kami juga akan memastikan pelajar mendapat pengalaman pembelajaran terbaik melalui program ODL UKM.

Black and White Earth

Fleksibel

Anda kini boleh belajar di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. 

Clock

Boleh Diakses

Ikuti pengajian secara sepenuhnya dalam talian dan tanpa perlu berada di kampus

Brainstorming

Pelbagai Modaliti

Nikmati pelbagai kaedah pembelajaran merangkumi perjumpaan segerak dan interaksi tidak segerak

Play

Bahan Pembelajaran Kendiri

Akses kepada bahan dan aktiviti pembelajaran interaktif melalui sistem pengurusan pembelajaran (LMS) kami yang direka khusus untuk pelajar jarak jauh

Copy of bg2-program-1_edited.jpg

Daftar ke program ODL UKM

PROGRAM PRA DAN PASCA SISWAZAH

 

 

Permohonan untuk program pra dan pasca siswazah dibuka sepanjang tahun. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan diproses dan ditawarkan untuk semester akan datang.

Program ODL kami beroperasi dalam tiga semester bagi setiap tahun akademik (September, Januari dan Mei)

Program Akademik

UKM menawarkan program akademik berakreditasi melalui kaedah penyampaian berikut

konvensional

Terdiri daripada program dalam dan luar kampus yang memerlukan kehadiran pelajar secara fizikal
ke kampus atau pusat pembelajaran bagi mengikuti kelas yang diwajibkan. Walau bagaimanapun, ketika pandemik COVID-19, kelas fizikal digantikan dengan sesi dalam talian dan kelonggaran ini
diberikan oleh MQA sehingga hujung tahun 2022 sahaja.
Namun, jika anda memerlukan program yang lebih fleksibel yang tidak memerlukan kehadiran secara fizikal
ke kelas, pilihan terbaik anda ialah program ODL.

Open and Distance Learning (ODL)

Menawarkan pembelajaran fleksibel menggunakan kaedah pengendalian dalam talian sepenuhnya
bagi mengatasi kekangan pembelajaran disebabkan oleh komitmen harian pelajar terhadap kerjaya,
keluarga, diri sendiri ataupun komuniti.

Kenapa ODL?

 

Seiring dengan perkembangan pesat dalam teknologi pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat institusi pengajian tinggi tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kaedah tradisional. Justeru, dengan adanya pelbagai teknologi yang mudah digunapakai telah menjadikan suasana pembelajaran semakin menarik serta berpusatkan pelajar. 

 

Melalui program ODL UKM, para pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran aktif serta pembelajaran kendiri. Melalui proses pembelajaran juga, para pelajar akan berpeluang untuk berinteraksi dengan rakan-rakan serta mengikuti perbincangan secara mendalam bersama para pensyarah  sama ada melalui perjumpaan segerak atau tidak segerak. 

Pembelajaran secara Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) telah menjadi satu pendekatan pembelajaran yang penting dan utama yang mampu memenuhi keperluan para pelajar, khususnya golongan yang bekerja. Program ODL UKM direkabentuk bagi memenuhi kehendak dan keperluan sebenar pelajar-pelajar kami. 

 

Sistem Pengurusan Pembelajaran bagi program ODL UKM juga direkabentuk agar dapat memberikan pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar untuk belajar secara kendiri dan berasaskan eksploratori. Topik-topik yang dimuatkan disusun secara terperinci untuk menampilkan pembelajaran secara konstruktif kepada para pelajar. Sistem pemantauan di dalam LMS ODL UKM juga membolehkan para pelajar kami membuat swa-pemantauan dari masa ke semasa. 

Ranking2023.png

Ingin melanjutkan pelajaran?
Nak belajar tapi kena kerja, lagipun tak sempat nak ke kampus.
Manakala program konvensional luar kampus pula,  pelajar  wajib hadiri kelas secara fizikal.
Naklah ambil program ODL  sebab sangat fleksibel, tapi mencari uni dengan ranking terbaik dunia.
so apa tunggu lagi,  Jom ODL @ UKM!

All Videos
Testimoni Pelajar ODL UKM
07:24
Mainkan Video
Montage_2022_ODL
02:36
Mainkan Video
SEO ODLedit 20:2
01:04
Mainkan Video
Test teaser odl_2sfx
00:50
Mainkan Video
Anchor 1
bottom of page