top of page

SOALAN LAZIM

Students Typing at Their Computers

Akreditasi Program

 

 

Adakah program ini diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)?  

 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diberikan status swaakreditasi oleh Menteri Pengajian Tinggi berkuat kuasa pada 29 April 2010. Oleh itu, MQA memberi kuasa kepada Senat UKM untuk mengakreditasi sendiri program pengajiannya berpandukan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dan standard yang berkaitan serta dasar MQA dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).  

 

Semua program pengajian UKM dengan status akreditasi penuh disenaraikan dalam MQR https://www2.mqa.gov.my/mqr/ manakala program dengan status akreditasi sementara disenaraikan dalam senarai Akreditasi Sementara (PA) di laman web MQA https://www2.mqa.gov.my/pasp/ 

 

 

Apakah maksud Swaakreditasi?

 

Swaakreditasi adalah status yang memberi hak kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengakreditasi program mereka sendiri melalui Senat tanpa melibatkan MQA. Walau bagaimanapun, status ini diberikan oleh MQA kepada universiti yang disahkan mempunyai sistem jaminan kualiti dalaman yang mantap. Walaupun begitu, akreditasi tersebut tidak termasuk program profesional yang masih perlu mendapat akreditasi dan pengiktirafan oleh badan profesional yang berkaitan. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai swaakreditasi melalui https://www2.mqa.gov.my/portal_swa/FAQ.cfm

 

 

Apakah maksud Akreditasi Penuh?

Akreditasi Penuh adalah aktiviti penilaian untuk memastikan bahawa aktiviti pengajaran, pembelajaran, dan semua aktiviti lain yang berkaitan dengan program yang ditawarkan oleh Penyedia Pendidikan Tinggi (PPT) telah menepati standard kualiti dan memenuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF)

 

 

Apakah maksud Akreditasi Sementara?

Akreditasi Sementara adalah aktiviti penilaian untuk menentukan sama ada program telah memenuhi syarat kualiti minimum sebelum diberikan Akreditasi Penuh. Akreditasi Sementara lazimnya untuk program baharu. Permohonan Akreditasi Penuh hanya boleh dibuat apabila pelajar kohort pertama berada di tahun akhir pengajian mereka.

Pembelajaran & Pengajaran ODL

Di manakah saya dapat melihat bahan pembelajaran saya?
Anda boleh melihat bahan pembelajaran anda di https://pkp.ukm.my/moodle/login/index.php

Apakah itu LMS?
LMS ialah sistem pengurusan pembelajaran. LMS ialah platform utama pelajar ODL bagi menjalankan aktiviti pembelajaran sepanjang anda mengikuti program ODL di UKM.

Apakah jenis bahan pembelajaran yang diberikan kepada pelajar ODL?
Pelajar ODL akan dibekalkan dengan bahan berbentuk teks (modul ODL yang lengkap), video, permainan, perbincangan, praktis kendiri dan audio untuk memaksimumkan kefahaman pelajar bagi isi kandungan pembelajaran di LMS. 

Apakah peralatan yang digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran?
Anda memerlukan komputer atau komputer riba dengan kamera, mikrofon, dan pembesar suara. Anda juga memerlukan sambungan Internet yang kuat dan penyemak imbas web yang terkini.

Bagaimana saya boleh menghubungi pensyarah untuk bertanya sebarang pertanyaan akademik?
Maklumat dan butiran pensyarah bagi setiap kursus tertera di LMS. Selain itu, anda juga boleh berhubung dengan penyelaras program berkaitan hal-hal akademik. 

Adakah saya perlu menyelesaikan semua aktiviti pembelajaran di LMS?
Pensyarah anda akan memantau perkembangan pembelajaran dan anda perlu menyelesaikan sekurang-kurangnya 80% aktiviti pembelajaran kendiri setiap kursus pada akhir semester.

Adakah saya perlu mengikuti kelas fizikal secara bersemuka?
Untuk pelajar ODL, anda perlu mengikuti kelas segerak secara maya dan tidak perlu menghadiri kelas fizikal. Kehadiran akan diambil untuk kelas segerak tersebut. Namun, sekiranya anda tidak dapat hadir, anda masih berpeluang melihat semula video yang telah dirakam. Kehadiran secara fizikal diperlukan hanya bagi program yang mempunyai aktiviti fizikal seperti praktikal dan makmal.

Bagaimanakah cara untuk menghantar tugasan?

Tugasan mestilah dihantar melalui LMS. Pensyarah akan membimbing anda untuk proses penghantaran tugasan.

Adakah terdapat tugasan kumpulan atau projek?
Ia bergantung kepada kursus. Senarai tugasan bagi setiap kursus akan tertera di LMS pada awal semester. Pensyarah anda juga akan memaklumkan jenis tugasan yang terlibat untuk kursus yang anda ikuti.

home_vpn_slider_bg.png
UKM22.png

Program ODL di UKM

Berapakah had umur untuk program ODL?
Sila rujuk syarat kemasukan.

Apakah kaedah pengajian ODL UKM?
Program ODL UKM dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian bagi penawaran tempatan dan antarabangsa. Walau bagaimanapun, pelajar antarabangsa yang perlu datang ke Malaysia kerana isu pengiktirafan/penajaan, sesi pertemuan fizikal boleh dilaksanakan.

Adakah yuran pengajian untuk program ODL sama dan bagaimana cara membayar yuran?
Tidak. Bayaran berbeza untuk setiap program. Maklumat mengenai yuran pengajian boleh didapati di laman web ODL UKM http://ukmodl.com. Terdapat banyak cara untuk membayar yuran pengajian anda. Sila rujuk

https://www.ukm.my/ukmshape/finance-ukmshape/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Adakah Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh dinyatakan dalam skrol saya?
Tidak. Status Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh hanya tertera pada transkrip anda.

Adakah program ODL di UKM telah akreditasi?
Ya. Program ODL di UKM telah diakreditasi sebelum dibuka untuk penawaran.

Bolehkah saya menukar mod penyampaian program daripada konvensional ke ODL?
Penukaran mod penyampaian daripada konvensional kepada ODL atau sebaliknya hanya dibenarkan bagi program yang ditawarkan melalui UKMShape sahaja.

 

Bolehkah saya menukar mod pengajian daripada sepenuh masa ke separuh masa?

Ya. Anda dibenarkan untuk menukar mod pengajian daripada sepenuh masa ke separuh masa atau sebaliknya tertakluk kepada peraturan akademik. 

Bagaimana dengan tahun akademik atau sistem semester yang diguna pakai untuk program ODL?

Program ODL mempunyai 3 semester dalam 1 tahun akademik, iaitu September (Semester 1), Januari (Semester 2) dan Mei (Semester 3). Ini juga bermaksud pengambilan pelajar ke program ODL boleh dilakukan 3 kali di setiap tahun pengajian tertakluk kepada persetujuan fakulti. Pelajar baharu boleh memohon masuk ke program pada mana-mana semester di samping semester 1. Penamaan semester 1, 2 dan 3 merujuk kepada ambilan dan sesi akademik bagi sesuatu tahun akademik. Sebagai contoh jika pelajar baharu mendaftar masuk ke program ODL pada bulan Mei 2022, maka pelajar baharu tersebut merupakan pelajar semester 1 pada ambilan Semester 3, Sesi Akademik 2021/2022. Ini selari dengan penamaan semester bagi semua program UKM sama ada secara konvensional ataupun ODL.

Bolehkah saya mengunjungi kampus?
Ya. Anda boleh datang dan berkunjung ke kampus tetapi ia tidak diwajibkan.

Di manakah upacara konvokesyen akan diadakan?
Majlis konvokesyen akan diadakan di UKM Bangi, Malaysia.

Di manakah saya boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ODL di UKM?
Setiap pelajar baharu akan dibekalkan dengan buku panduan pelajar. Anda boleh menggunakan buku panduan itu sebagai panduan asas anda.

Sistem Sokongan

Di manakah saya dapat melihat profil saya, keputusan peperiksaan, dan pautan ke sumber lain?

Anda boleh melayari https://smplucee.ukm.my/smpe

 

Apakah jenis sokongan yang diharapkan sebagai pelajar ODL?

Anda akan menerima jenis sokongan seperti: pentadbiran, perpustakaan, portal pembelajaran pelajar, kewangan, sokongan IT, kaunseling, dan meja bantuan umum ODL.

 

Sekiranya saya mempunyai pertanyaan umum, siapa yang harus saya hubungi?

Anda boleh rujuk https://www.ukmodl.com/contact-us

 

Bolehkah saya memohon sokongan kewangan bagi pendidikan?

Anda dibenarkan untuk memohon sebarang sokongan pendidikan, kewangan yang ditawarkan oleh institusi kewangan untuk pelajar Malaysia. Tetapi bergantung pada keperluan. Namun, bagi pelajar antarabangsa, tidak ada sokongan kewangan buat masa ini.

Siapakah yang menguruskan ODL di UKM?

ODL diuruskan oleh Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape)

Hands Typing
bottom of page